AKTIVITI H4I

Sunday, February 7, 2010

CERAMAH PALESTIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

          Alhamdulillah acara yang pertama yang dirancang dalam kalendar perancangan Jawatankuasa Penganjur H4I berjaya dilakasanakan dengan jayanya.  Walaupun H4I belum lagi dirasmikan, namun kehangatan sambutan H4I dapat dirasai dengan kehadiran tetamu yang ramai pada majlis Ceramah Palestin semalam.  Diharapkan kehangatan ini dapat dikekalkan dan diperhebatkan sehingga ke penghujung kempen H4I.

          Ceramah Palestin diadakan di Dewan Kuliah 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Penganjur H4I bersama Aman Palestin Berhad. Turut hadir bersama, Imam 1 Masjid UTP, Ustaz Dawi Cahyono. Untuk pengetahuan semua, Aman Palestin merupakan salah satu badan yang menjadi perantara untuk membantu meringankan beban yang terpaksa dipikul penduduk Palestin. Aman Palestin yang diwakili oleh Ustaz Shahruzzaman Bistamam, Perunding Aman Palestin Berhad. Ceramah yang disampaikan cukup berinformasi memberikan kami kefahaman berkenaan dengan kezaliman Yahudi dan beban yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Palestin.

Ustaz Shahruzzaman Bistamam sedang menyampaikan ceramah

Para hadirin yang sedang khusyuk mendengar ceramah

Lautan manusia membanjiri Dewan Kuliah1



Bergambar kenangan sebelum pulang

        Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.Namun input-input yang diberikan oleh Ustaz Shahruzzaman amat berguna sebagai satu tanggungjawab kita untuk mengetahui apa yang berlaku pada rakan-rakan kita Palestin. Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, Kau peliharalah penduduk Palestin daripada sebarang kekejaman Yahudi laknatullah.Ya Allah, Kau tabahkanlah hati2 mereka bagi menghadapi dugaan.

Anonymous said...

Salam'alaik..
mungkin next palestin talk kita blh jemput artis nasyi dari indonesia
mcm izzatul islam ke..ruhul jaddid ke..lagu2 mereka byk yg menyemarakkan semngat perjuangan..

lepas tu kita buat skali demo bakar bendera zionist...

kalau possible pulak kita campaign boikot diperhebat lg...


hanya cadangan je..wallahualam

Anonymous said...

lagi satu kan ana rasa..
ceramah ni jgn terikat pada masa..
wpun kita dh tetapkan masa kat penceramah tu..
tapi kalau dia rasa nk teruskan dan ada lg benda dia nk ckp..biar dia truskan je...tak perlu bagi 'surat cinta'..cadangan aje..wallahualam...